Sunday, February 1, 2009

TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN



Internet Dalam Penggunaan Pendidikan

Pengenalan

Internet adalah nama khas yang merujuk kepada rangkaian komputer yang dibina dengan menggunakan protokol rangkaian atau 'bahasa rangkaian' yang dikenali sebagai TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol). Rangkaian ini diasaskan oleh sekumpulan komputer yang dihubungkan bersama-sama pada tahun 1960-an melalui sebuah projek penyelidikan yang diberi nama ARPA (Advanced Research Project Agency) oleh
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Matlamat asalnya ialah untuk menghasilkan satu jaringan yang membolehkan proses pemindahan data yang selamat di antara komputer-komputer tentera yang terletak di tempat tempat yang berbeza dengan menggunakan beberapa laluan komunikasi yang berlainan. Semenjak pertengahan 1980-an, satu agensi kerajaan Amerika Syarikat, National Science Foundation (NSF) dan lain-lain badan kerajaan diberi kuasa mengawal capaian kepada Internet. Dalam tahun 1991, pihak NSF mula longgarkan peraturan dan membenarkan kegunaan Internet untuk tujuan komersial. Pada April tahun 1995, kerajaan Amerika Syarikat seterusnya menyerahkan kawalan Internet kepada suatu badan bebas dan sekaligus menghapuskan sekatan capaian Internet. Di Malaysia, Internet bermula pada 1987 melalui Rangkaian Komputer Malaysia (RangKoM) yang telah disambungkan kepada rangkaian Internet. Universiti tempatan merupakan pengguna RangKoM pada peringat awal. Kini, Internet telah mendapat sambutan hangat di kalangan masyarakat menerusi aplikasinya yang menarik
menyerlah sebagai sumber maklumat perdana. Mengikut statistik, pengguna Internet di Malaysia pada tahun 1990 dan 1995 masing-masing ialah 18 000 dan 778 000.Peningkatan ini disebabkan Internet telah mewujudkan pelbagai ruang untuk beraktiviti dan memainkan peranan sebagai agen perubahan masyarakat dalam kurikulum pendidikan negara. Revolusi teknologi maklumat yang bakal mempengaruhi persekitaran pendidikan semasa di Malaysia akan cuba dieksplotasikan melalui penubuhan sekolah bestari dan Internet menjadi salah satu kemudahan yang bakal memainkan peranan penting dalam mencorakkan sekolah yang berwajah baru di seluruh negara.

Penggunaan E-mel dalam Pendidikan

Aplikasi paling asas teknologi Internet yang boleh diketengahkan dalam bidang pendidikan khususnya di peringkat sekolah ialah aplikasi e-mel atau juga dikenali sebagai mel elektronik. Melalui aplikasi ini, pelajarpelajar boleh menyatakan sebarang masalah berkaitan dengan apa yang telah dipelajari dengan serta-merta.
Contohnya, pelajar boleh menanya guru soalan atau masalah yang dihadapi semasa belajar di perpustakaan atau di rumah melalui e-mel. Dengan itu, guru boleh menjawab atau membantu pelajar tersebut menyelesaikan masalah yang dihadapi melalui e-mel atau guru boleh menjadikan soalan atau masalah yang ditanya itu sebagai persediaan
untuk pengajaran pada hari yang berikutnya. Sebaliknya, guru juga boleh mengetahui respon pelajar terhadap kerja rumah yang diberi melalui e-mel. Menurut Dr. Jane Lasarenko (1997), kebaikan yang utama menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan guru
melalui e-mel ialah ini dapat menanam semangat yang tinggi di kalangan pelajar dalam pembelajaran mereka. Bukan itu sahaja, pelajar tidak lagi ada alasan untuk menghantar kerja rumah lewat kerana mereka boleh menggunakan e-mel untuk menghantar kerja rumah pada hari yang ditetapkan sehingga tamatnya hari tersebut. Selain itu, Cisco System Inc. iaitu sebuah syarikat teknologi maklumat yang menceburi bidang pendidikan menyebut bahawa melalui e-mel, para guru dan pelajar juga boleh berkomunikasi dengan sekolah-sekolah diseluruh negara bahkan di serata dunia hanya melalui makmal komputer atau bilik-bilik darjah. (Jamaludin Badusah et al. 2000). Aplikasi ini membolehkan mereka bertukar-tukar mesej semasa, berkongsi idea dan bahan-bahan pendidikan di antara satu sama lain memandangkan e-mel bukan sahaja cepat malahan juga murah berbanding dengan mel biasa atau menggunakan faksimili.

Internet Sebagai Sumber Rujukan

Kemudahan Internet juga telah memperkayakan lagi sumber-sumber maklumat. Tambahan pula, sebagai gedung ilmu yang luas sifatnya, kemudahan Internet mampu menyediakan sumber rujukan yang bersifat lebih menyeluruh. Kandungannya turut mencakupi keperluan maklumat pendidikan semasa sama ada untuk kegunaan golongan profesional, pendidik, keluarga, pelajar dan orang ramai. Lebih dari itu, Internet turut menyediakan pelbagai bentuk maklumat yang sesuai untuk pelbagai program pendidikan. Pencapaian maklumat tersebut adalah cepat dan mudah dikendalikan. Contohnya, jika mengambil laman Web sebagai salah satu sumber maklumat pendidikan, maka dengan usaha yang agak mudah kita boleh mendapatkannya dengan sekelip mata. Usaha tersebut dapat direalisasikan kerana Internet sudah dilengkapi dengan komponen-komponen yang dapat
membantu penggunanya seperti pelayar Web dan enjin pencarian atau Pencarian Maklumat Luas (Global Information Browsing) yang membolehkan pengguna melihat maklumat dengan mudah dan tidak kira di mana maklumat itu berada. Dengan itu, kategori laman-laman Web yang boleh disifatkan sebagai bermaklumat dan sesuai untuk tujuan pendidikan termasuklah laman Web bagi institusi pengajian tinggi maya, agensi berita, majalah dan akhbar dalam talian yang kandungan mereka ketengahkan bersifat lebih terperinci mudah dicapai.Kini bukan lagi satu khayalan apabila seseorang individu dengan mudah dapat melawat masuk ke dalam sebuah perpustakaan di seluruh dunia untuk pelbagai tujuan seperti mendapatkan sumber-sumber penyelidikan, pengajian rentas budaya, mempertingkatkan penguasaan bahasa asing, bertukar-tukar pendapat atau sekadar belajar dengan rakan sebaya. Contohnya jelas ketika ini apabila sudah terdapat perpustakaan elektronik di dalam Internet yang boleh membantu para pelajar dan guru membuat tugasan penyelidikan mereka. Perpustakaan tersebut akan menyediakan sebuah pintu masuk yang bersifat maya untuk membolehkan penggunanya mengakses pelbagai
sumber maklumat yang turut diperkayakan dengan unsur-unsur multimedia seperti teks, gambar, bunyi dan video yang pasti menyeronokkan pelajar. Di samping itu, terdapat pelbagai laman Web dalam Internet yang mempunyai perpustakaaan yang tersendiri yang dipanggil ‘virtual library’. Guru boleh mendapatkan maklumat atau bahan
rujukan untuk tujuan pengajaran sebelum disampaikan dalam kelas. Dengan penggunaan Internet sebagai sumber untuk mendapatkan maklumat, sudah pastilah corak pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dalam suasana yang menyeronokkan.

Penggunaan Laman Web Sekolah

Teknologi Internet juga mampu menyediakan kemudahan kepada para guru dan pelajar untuk mengambil bahagian di dalam pelbagai aktiviti seperti pembangunan laman Web di setiap sekolah. Sudah ramai yang memperakui bahawa tapak-tapak Web boleh dijadikan sebagai saluran berkesan untuk mewartakan segala kegiatan yang dilaksanakan di sekolah-sekolah kepada para pelajar dan guru sekolah tersebut. Di samping itu
laman Web tersebut juga boleh diakses oleh para pelajar, guru-guru dan pihak lain yang berminat dari seluruh negara. Jika kemudahan ini diperluaskan lagi, ibu bapa hanya perlu melanggani laman Web tersebut untuk mengetahui segala perkembangan bidang akademik atau ko-kurikulum anak-anak mereka tanpa berkunjung ke sekolah. Ibu bapa juga dapat menghubungi guru melalui e-mel yang didapati dari laman Web yang dikunjungi. Secara tidak langsung, hubungan ibu bapa dengan pihak sekolah dapat ditingkatkan. Oleh yang demikian, masalah-maslah disiplin pelajar yang memerlukan kerjasama antara pihak sekolah dengan mudahnya dapat ditangani. Ibu bapa tidak ada lagi alasan bahawa mereka sibuk dan tidak dapat berkunjung ke sekolah untuk
berbincang tentang hal-hal anak-anak mereka. Guru mempunyai satu alternaltif lagi untuk berjumpa dengan ibu bapa anak muridnya.

Perkongsian Maklumat dengan Internet

Projek Jaringan Pendidikan (JP) di bawah kelolaan makmal Teknologi Komputer, Kementerian Pendidikan dan MIMOS merupakan satu usaha penting yang menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada pelajar dan pendidik. Projek ini merupakan salah satu aktiviti dalam program Komputer Dalam Pendidikan oleh
Kementerian Pendidikan. Matlamat utama kewujudan projek ini adalah untuk mewujudkan perkongsian maklumat serta sekolah yang kaya dengan maklumat dan seterusnya meningkatkan mutu pendidikan bertaraf dunia. Menerusi projek ini, guru boleh memasukkan aktiviti-aktiviti kreatif dan inovatif yang berasaskan teknologi maklumat. Di dalam projek ini juga, terdapat kemudahan ‘mailing list’ (kumpulan perbincangan berasaskan topik yang menggunakan e-mel sebagai kaedah komunikasi) yang menyediakan kemudahan ‘listserv’atau senarai perkhidmatan dan terdapat lebih 3000‘listserv’ di dalam Internet yang boleh difikirkan oleh manusia (Jamaludin Badusah et. al 2000).

Penggunaan Internet oleh Guru

i.) meluaskan pengetahuan guru. Kemudahan Internet juga memberi peluang kepada guru mempertingkatkan tahap ilmu pengetahuan mereka melalui pelbagai maklumat yang berkaitan. Sebagai contoh para guru boleh mengakses bahan-bahan akedemik
dan mencari maklumat pendidikan melalui perpustakaan siber universiti-universiti tempatan dan luar negara atau kemudahan USENET yang disediakan oleh Internet. Di samping itu, para guru dapat membincangkan isu semasa pengajaran dengan guru-guru lain di seluruh negara mengenai program pendidikan yang telah berjaya.
ii.) sebagai Bahan Bantu Mengajar. Pendidikan berasaskan Internet juga boleh dikategorikan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran. Ini memandangkan kemudahan Internet bukan sahaja menawarkan komponen-komponen lain seperti laman-laman
Web, malah menyediakan sumber pendidikan berbentuk teks yang diperkayakan dengan unsur-unsur lain seperti grafik, animasi atau audio visual. Kaedah pendidikan melalui Internet ini memerlukan penglibatan aktif para penggunanya di samping mengetengahkan konsep interaktif. Konsep tersebut bukan sahaja sesuai menyampaikan
sumber-sumber maklumat berbentuk pendidikan, malah sesuai digunakan untuk menyampaikan program latihan dan perkhidmatan pendidikan dalam talian. Program-program pendidikan dan latihan secara interaktif menerusi Internet sama ada yang dikendalikan oleh pihak sekolah atau institusi pengajian tinggi dan pihak berkuasa
pendidikan memerlukan penglibatan secara langsung di antara pihak penerima dan penyampainya. Sebagai contoh mengakseskan nota-nota kuliah, menghantar dan menyemak tugasan boleh dilakukan menerusi talian. Pembelajaran ini dikatakan lebih memanfaatkan pelajar kerana walau apapun kaedah pengajaran yang dipilih,
penglibatan pelajar secara aktif perlulah diberi keutamaan. Penglibatan secara aktif oleh pelajar dalam mengakseskan bahan-bahan yang diperlu dalam Internet berupaya memupuk dan memperkembangkan kemahiran berfikir dan kreativiti di kalangan pelajar(Rashidi dan Abdul Razak 1997).

E-Tuisyen

Jika proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah sebelum ini hanya berkisar antara guru dan pelajar, kini Internet tidak ketinggalan turut dimanfaatkan sebagai alat bantu mengajar yang berkesan dan selari dengan kemajuan teknologi semasa.. ‘E-Tuisyen’ adalah sejenis perisian kursus yang disalurkan menerusi Internet dengan
menggunakan alamat www.e-tuisyen.com. Perisian kursus berkenaan dibina berdasarkan sukatan pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Melalui e-Tuisyen, pelajar berpeluang mengikuti kemudahan pembelajaran interaktif menerusi Internet untuk 28 mata pelajaran, iaitu 5 subjek UPSR, PMR (8) dan SPM (15) yang disampaikan dengan Bahasa Melayu. Lebih menarik
lagi, kesemua pelajaran terbabit disertakan dengan pelbagai unsur multimedia seperti animasi, video, grafik, teks dan disampaikan secara interaktif. Malah, perisian kursus yang membabitkan kos kira-kira RM 13 juta itu turut dilengkapi dengan kemudahan tambahan seperti pangkalan data ujian dan kad laporan elektronik. ‘E-Tuisyen’ ini dapat membantu mempertingkatkan keberkesanan proses pembelajaran pelajar kerana melalui teknologi Internet,‘e-Tuisyen’ boleh diakses secara mudah dan pada bila-bila masa sekaligus mendedahkan pelajar untuk belajar secara sendiri. Tambahan pula, dengan adanya unsur-unsur multimedia pelajar akan dapat lebih memahami
pengajaran mata pelajaran yang agak sukar dijelaskan seperti Matematik.

Bukti kepentingan Internet dalam Pendidikan

Di Britain beribu-ribu buah sekolah telah menikmati kemudahan Internet. Di Kanada dan Amerika Syarikat, sekolah-sekolah telah dihubungkan dengan Internet sejak beberapa tahun dahulu. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh sebuah pertubuhan di Amerika Syarikat, CAST telah mendapati pelajar yang mencapai Internet mampu menghasilkan projek sekolah yang lebih baik berbanding dengan para pelajar
yang tidak memiliki Internet (Jamaludin Badusah et al. 2000). Ini membuktikan peranan Internet dalampendidikan adalah sangat besar. Sesungguhnya, Internet berupaya mengangkat kemampuan dan kecermelangan para pelajar dalam pelajaran dan pembelajaran pelajar di Malaysia. Sehubungan itu, pendekatan Sekolah Bestari yang digubal dan Persekitaran Pembelajaran Bestari sebagai susulan
daripadanya ditujukan khusus kepada pelajar-pelajar. Program yang digubal oleh Kementerian Pendidikan dengan kerjasama pihak pengamal dan penggalak seperti MIMOS ini bertujuan untuk menggalakkan pembelajaran dengan Internet yang memerupakan pembelajaran sepanjang hayat. Galakkan ini diharapkan menjadi dasar ke arah melahirkan manusia yang cekap dalam menerima ilmu melalui penggunaan Internet.

Penutup

Berdasarkan kepada perkembangan semasa, kemudahan Internet di peringkat sekolah di negara ini masih lagi terhad dan baru di tahap permulaan. Walaupun demikian persekitaran sekolah dijangka memberikan suasana yang sesuai dalam usaha mengintegrasi teknologi maklumat dalam budaya masyarakat kita. Sekiranya kemudahan
Internet ingin dieksploitasikan sepenuhnya dalam memperkayakan lagi sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah di negara ini, sudah sewajahnya pihak-pihak yang berkenaan memberikan latihan yang mencukupi kepasa golongan guru dan pelajar. Kita tidak mahu melihat segala kemudahan yang akan dibekalkan nanti ibarat gajah putih kerana penggunanya ketandusan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang
berkenaan. Sehubungan itu, banyak lagi perkara yang perlu diteliti dan dilaksanakan bagi memastikan peluang yang tersedia dimaanfaatkan sepenuhnya dan boleh dikecapi oleh setiap individu yang terlibat dalam sektor pendidikan negara.Kini pendidikan adalah isu global yang perlu diberi perhatian memandangkan kepentingannya membawa
Malaysia ke arah pencapaian yang lebih cermelang. Untuk membekalkan kualiti pendidikan yang bertaraf antarabangsa demi melahirkan generasi baru yang bersifat inovasi, berfikiran saintifik serta berupaya berinteraksi secara efektif melalui teknologi-teknologi terbaru, khususnya Internet, sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi perlu sentiasa bertindak balas positif terhadap pembangunan teknologi terutama dalam pembinaan struktur pengajaran. Keperluan kepada penggunaan teknologi pendidikan berasaskan internet jelas menggambarkan betapa pentingnya pemelajaran elektronik dalam pendidikan kerana hal ni berperanan mentranformasikan Malaysia menjadi negara maju yang berorientasikan teknologi maklumat dan komunikasi.

MARI MERINGANKAN KEPALA....

Ujikaji

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai contoh kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanan saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."

Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu. Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.

"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang cikgu tunjukkan sebentar tadi??"
Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,

UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...
Moral of the story: Kanak-kanak sekarang ni dah semakin canggih sehingga dapat membuat pelbagai kesimpulan dan menyamapadankan sesuatu kejadian dgn kejadian yg lain.. sebagai guru juga haruslah sentiasa kreatif dan bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-muridya....Insyaallah...

FIKIR-FIKIRKANLAH....

satu keluarga islam hantar anak sekolah agama
satu kampung kutuk tanya besar nanti nak kerja apa
satu keluarga islam tak tahan dikutuk,
tak tahan dicercatak sampai sebulantarik anak masuk sekolah biasa
satu keluarga islam hantar anak sekolah biasa
dapat jimat belanja sebab sekolah islam mahal yurannya
satu keluarga islam hantar anak sekolah percuma
dapat jimat belanja cukup bulan tukar sport rim pula
satu keluarga islam anak belajar sampai pandai
tak da pelajaran agama buat emak-bapak macam keldai
satu keluarga islam kurang pengetahuan agama
bila islam kena hina tak tau nak buat apa...!
satu keluarga islam boikot sana boikot sini
konon tak nak beli sardin kedai kafir
tapi kapir tu dah pakai ferrari...!
satu keluarga islam kalau hantar anak sekolah agama
jangan kita kata jangan
kita hina satu keluarga islam kalau hantar anak sekolah agama
besar nak kerja apa itu rezeki ALLAH punya kuasa
satu keluarga islam kalau hantar anak sekolah agama
bila NABI kena hina ada pelapis membela BAGINDA
satu keluarga islam kalau cukup pelajaran agama
bila ISLAM kena HINA dia MENGANGIS bukannya KETAWA...
satu keluarga islam kalau TAK ADA pelajaran agama
satu keluarga islam CUMA TINGGAL NAMA...
NAU'ZUBILLAHIMINZALIK...

BENARKAH ISLAM ITU MUDAH??

Benarkah Islam itu mudah?? Pertanyaan ini sering bersarang di dalam sanubari kita. Apatah lagi kepada saudara-saudara seagama yang baru mengenali Islam. Bagi menjelaskan pekara ini secara langsung, marilah kita rujuk kepada ayat2 Allah S.W.T. yang mengatakan bahawa Dia tidak mahu lagi manusia kesusahan atau sesuatu yang membebankan. Allah S.W.T. menjelaskan dalam Surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud : "Allah mengkehendakan kamu beroleh kemudahan dan Ia tidak mengkehendaki kamu menanggung kesukaran." Rasullullah S.A.W. juga bersabda bagi memperjelaskan lagi perkara ini, melalui hadisnya yang telah diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi yang bermaksud : "Sesungguhnya Islam itu mudah secara umum".
perkataan mudah dan payah agak subjektif. Neraca pertimbangan yang paling tepat digunakan ialah samada perkara itu satu bebanan yang tidak berupaya manusia melakukan atau faktor persekitaran menyebabkan lingkungan keupayaannya terbatas.Menurut prinsip Islam, semua perintah, tanggungjawab dan bebanan adalah dibuat dan dilaksanakan mengikut keupayaan manusia. Allah tidak membebankan hambaNya melainkan dalam lingkungan kemampuan manusia. Ini ditegaskan oleh Allah S.W.T. dalam surah Al-Baqarah; ayat 280 yang bermaksud : "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakan, dan juga menanggung dosa kejahatan apa yang diusahakannya".
Contoh yang ketara yang boleh dibuat perumpamaan adalah perintah ibadat Solat. Permulaan memulakan solat adalah mengambil wudhuk dan bahan asas yang diperlukan adalah air. Dalam sesuatu keadaan jika ketiadaan air, Islam memberi kelonggaran dengan melakukan tayammum. Perkara kedua adalah menutup aurat. Pakaian yang sediada boleh digunakan kecuali ada najis padanya. Garis panduan pakaian ditetapkan untuk lelaki ialah menutup antara pusat hingga ke lutut. Manakala bagi wanita pula adalah menutup keseluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Dalam perkara ini, jika hanya ada tudung labuh dan memakai stoking ketika itu juga sudah membolehkan untuk kita mengerjakan solat.Oleh kerana solat adalah merupakan ibadat yang tidak boleh ditinggalkan, maka Islam memberi kelonggaran dalam beberapa situasi dan keadaan tertentu.Jika kita musafir (dalam perjalanan dengan tujuan yang baik dan diluluskan hukum syarak), dan perjalanan itu melebihi 2 marhalah (lebih 91 KM), maka bolehlah kita menjamak dan mengqasarkan solat kita.Begitu juga apabila kita sedang sakit, kita boleh mengerjakan solat secara duduk, berbaring, mengiring atau pun menggunakan isyarat. Hatta dalam beberapa kaedah, kita boleh membaca Allahu Akbar sebanyak 7 kali (menyamai 7 ayat Fatihah) atau 7 ayat Surah sebagai ganti Surah Al-Fatihah yang merupakan rukun dalam solat, jika masih tidak dapat membaca Surah Al-Fatihah setelah diusahakan dengan bersungguh-sungguh.
Daripada contoh-contoh yang diberikan di atas, ternyatalah, Islam itu mudah. Ia akan menjadi sukar jika kita terlalu ekstrim dalam mengamalkannya. Penekanan bersederhana penting dalam ibadah di samping meletakkan prinsip istiqamah sebagai teras. Keterlaluan dalam ibadah tanpa mempunyai sandaran dan nas yang kukuh atau hanya sekadar ikut-ikutan akan menyebabkan ia membelenggu kita yang akhirnya menyebabkan kita terus meninggalkan ibadah tersebut.Solat dalam Islam tidak membebankan manusia, malah ia merupakan suatu amalan yang digemari kerana selain dari menjadi ibadah menyembah Tuhan, ia juga akan;
i.Melatih daya pemusatan pemikiran
ii. Meningkatkan rasa keikhlasan terhadap Allah
iii. Melatih diri ke arah ketepatan waktu
iv. Membiasakan diri mengamalkan kebersihan
v. Memberi kerehatan saraf
vi. Menyatakan pengakuan terhadap kebesaran Allah S.W.T.
vii. Menanamkan rasa muhibbah dan semangat perpaduan menerusi solat yang dilakukan secara berjemaah.
Begitu juga aspek makanan dan minuman. Istilah darurat boleh digunakan terhadap sesuatu tindakan apabila tiada alternatif lain boleh dicari bagi meneruskan hidup. Kita boleh makan daging khinzir; sebagai contoh, sekiranya pada ketika itu, hanya itu sahaja makanan yang ada untuk menyambung nyawa bagi meneruskan kehidupan.Demi menggambarkan bahawa Islam itu mudah dan tidak membebankan, kita selusuri sejarah pengharaman arak yang dibuat secara berperingkat-peringkat. Melihat kepada tahap keimanan Umat Islam ketika itu, ayat yang mengharamkan ialah ketika bersolat kerana ditakuti bacaan mereka di bawah sedar ini tersalah. Peringkat seterusnya pula, ia diharamkan terus kepada Umat Islam kerana memabukkan yang lebih membawa keburukan daripada kebaikan.
Setiap insan yang mengamalkan perintah Allah S.W.T. dengan yakin dan sempurna akan dapat merasai nikmat kegunaan dan faedah daripada perintah-perintah itu serta merasa bahagia. "BERSAMA HAYATI KEINDAHAN ISLAM, KEUNGGULAN ISLAM, KEBANGGAAN UMMAH".

SENYUMLAH.....

Pepatah Melayu yang dipatah semula...?

1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur, terlajak kapal terbang takde
gear reverse, sori.

2. Bersatu kita teguh, bercerai Kita kahwin lain..he he he

3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga..lepas tu tercium pulak taik ayam

4. Alang2 mandi biar guna sabun & syampu

5.Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang..(Itulah, sapa suruh suami beli gelang secara hutang..)

6. Sebab mulut santan binasa, sebab mulut juga..nasi pun abis

7. Biar putih tulang, jangan kuning gigi..(gosok, jangan tak gosok)

8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang kecuali kalau ada beruk atas pokok tu..

9. Malang tak berbau tapi kentut boleh berbau walaupun tak berbunyi

10. Biar mati bini jangan mati anak..(boleh kahwin lagi aper..)

11. Biar korek hidung, jangan korek tabung

12. Alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal ketiak..

13. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, lama2 jadi letih

14. Sayangkan anak tangan2 kan..sayangkan isteri kahwin lagi satu (Kalo nak cari penyakit la...)

15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti, kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi...BOLEH BLAH!!!

16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.

17. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan plak tempat kena saman..

18. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Kalau camtu bagus lagi tak payah hujan.

19. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah..

20. Habis madu, sepah jangan dibuang merata-rata..nanti kena fine oleh Town Board..

21. Carik-carik bulu ayam lama2 jadi bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan..

22. Air dicingang takkan putus tapi kalau daging dicingang, tandanya ada kenduri kahwin

23. Kerbau berpegang pada tali, manusia berpegang pada tangan

24. Takkan lari gunung dikejar tapi kalau tak kejar pun gunung tu tak lari jugak

25. Patah tumbuh, hilang..report polis

26. Berapa berat mata memandang, berat lagi ahli sukan yang masuk acara angkat berat

27. Kalau ada jarum yang patah jangan disimpan di dalam peti, buang aje..beli jarum baru di kedai RM2.00 ke atas..gerenti duit sepuluh ringgit boleh beli 5 papan jarum..

28. kalau kail panjang sejengkal, beli kail yang panjang sikit

29. Kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai, buat rumah jauh2 sikit dari pantai...

30. Pecah kaca pecah gelas, kalau dah pecah tu tak reti-reti nak ganti. Tak suruh balas..forward jer kalau rasa cam best...ha ha ha ha

Sekian, dan wassalam
SASTERAWAN NEGARA