Tuesday, February 24, 2009

TEMUDUGA UNTUK SEMUA

TEMUDUGA TERTUTUPSemua akan dikehendaki hadir tanpa sebarang pengecualian.
KEKOSONGAN JAWATAN:
a. Ahli Syurga Dari Awal.
b. Ahli Neraka Dari Awal.
c. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan a):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atauseksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1.Siapa Tuhan anda?
2.Apa Agama anda?
3.Siapa Nabi anda?
4.Apa Kitab anda?
5.Di mana Kiblat anda?
6.Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Iaakan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepadaorang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:Sabda Rasullah SAW:Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya,sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang-orang yangmenghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayatitu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidupdi dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelahkanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikandaripada! sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepadamalaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk.Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya:dari arasku tidak ada jalan masuk.Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya:dari arasku tidak ada jalan masuk.Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalahamal-kebajikan: dibahagianku tidak ada jalan masuk.Maka malaikat berkata kepadanya:Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) diperlihatkan matahari yang sudah mulaterbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamutentang seorang laki-laki(muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakaptentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?Maka berkata mayat itu:Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.Maka berkata malaikat:Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawabdahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seoranglaki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; danbagaimana penyaksian kamu kepadanya?Maka berkata mayat itu:Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabiMuhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada AllahSubhanahu Wata'ala.Maka malaikat berkata kepada mayat itu:Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengandemikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat Insya'Allah. Kemudiandibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamudan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya.Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas70 hasta dan disinari cahaya baginya" Nampaknya pertahanan kita perlu kuatdari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki).!Wallahu-a'lam

PERISTIWA ITU...

Astagfirullah!. Aku beristigfar berkali-kali.
Sesungguhnya aku tidak
sendiri. Allah bersamaku. Allah
mendengar keluhanku.
Allah tahu resah
dan gelodak yang melanda jiwaku.
Allah tahu semua itu.
Aku sujud
panjang, memohon istighfar. Air
mataku mengalir. Aku
terlena di atas
sejadah. Tubuhku benar-benar
letih. Sudah hampir
sebulan aku berada
dalam keadaan tidak menentu.
Makan minumku sekadarnya.
Tidurku dihantui
mimpi-mimpi ngeri. Hari-hariku
penuh kesedihan dan
kekecewaan. Emosiku
terganggu..... Fikiranku
mengimbau peristiwa lama
itu.....


Suamiku yang menunggu di luar
tidak sabar menanti
jawapan. "Macam mana?"
tanyanya. "Abang nak atau
tidak?". "Mestilah nak!".
"Kalau abang nak.....
adalah!". Dia mengucup dahiku.
Pelukannya erat. Aku
gembira. Dia gembira.
Tuhan, syukurlah atas nikmat
ini. Aku tahu dia amat
sayang padaku.
Seperti sayangku padanya. Dan
seperti kasih kami kepada
janin dalam rahimku.
Dia menjagaku sebaiknya. Makan
minumku, sakit
peningku.Dan segala-galanya.
"Doalah, semoga anak kita jadi
anak yang baik,".
Hari-hari itu yang
diingatkan padaku. Aku pun ingin
memiliki anak yang
soleh, yang luhur
pekertinya dan teguh memegang
syariat Allah s.w.t pada
akhir zaman. Lalu
hari-hari kubisikan kepadanya
kata-kata yang baik.
Biarpun dia masih di
dalam rahim. Aku pasti ada
pertalian yang menghubungkan
aku dengannya.
Aku nyatakan harapanku dan saban
hari bibirku tidak
kering melagukan ayat
suci Al-Quran. Surah Yasin,
Al-Luqman, At-Taubah, Yusuf
dan Maryam telah
sebati dalam pengalamanku.
Sebelum melelapkan mata,
suamiku akan
mengajarnya membaca Al-Fatihah.
Dan alangkah gembiranya
hati bakal ibu
apabila janinnya bergerak-gerak,
memberi tindak balas
pada kalimah
tayyibah yang diajarkan.
Akhirnya dia kulahirkan
setelah melalui kesakitan
antara hidup dan mati. Terubat
hatiku melihat
senyumannya.


Dia banyak menyalin rautku.
Berkulit cerah dan berwajah
bujur sirih. Paling
seronok melihat lekuk di kedua
belah pipinya bila dia
tersenyum. Nur Amana,
nama pilihan suamiku.
Menggabungkan maksud cahaya Ilahi
yang menaungi
setiap sudut hidupnya. Penuh
barakah dan rahmat. Biar
dia menjadi wanita
terpuji. Memiliki iman setinggi
iman Siti Fatimah
az-Zahra, puteri
Rasullulah s.a.w. yang terunggul.


Dan membesarlah dia dalam
limpahan kasih sayang aku dan
suami. Takdir Allah
s.w.t. menyuratkan kami tidak
memperoleh anak lagi
selepas kelahirannya.
Pelbagai usaha kulakukan, namun
barangkali puteri
seorang itu sajalah
amanah yang perlu disempurnakan
sebaiknya. Aku akur.
Suamiku tidak banyak
bicara. Ketentuan Allah adalah
sesuatu yang mesti
diterima dengan reda.


Nur Amana anak yang bijak. Tidak
sekadar memiliki
kecantikan lahiriah,
akhlaknya terpuji. Tutur katanya
mendamaikan jiwa. Bila
dipandang
menyejukkan hati. Tidak pernah
sekalipun mengangkat
suara pada orang tua.
Malah kata maaf sering diucapkan
bila terasa lakunya
menyentuh hati orang
lain.


Saat paling menyedihkan bila
sepucuk surat bersampul
coklat tiba pada
suatu tengahari. Detik
perpisahan bertemu jua. Nur
Amana yang cemerlang
dalam pelajaran ditawarkan
melanjutkan pelajaran ke
Amerika Syarikat. Pun
begitu demi masa depannya kami
merelakannya. Seperti
suamiku, aku yakin
dengan ilmu Islam yang
diterapkan dalam jiwanya dia
mampu menangkis
segala unsur jahat.


Aku pasti Nur Amana akan terus
teguh. Menjadi ikan yang
tetap tawar biar
pun hidup di lautan masin. Lalu
hari-hariku diulit
rindu yang dalam.
Terkenang telatah manjanya,
senyumannya, rajuknya, dan
bila menjamah
hidangan tengahari tersentuh
hatiku, teringat dia yang
jauh dirantau
orang. Namun, rindu terubat juga
bila sekali sekala
suratnya menitip
berita, menyatakan rindu dan
kasih tidak terhingga.


Lima tahun di negeri orang, Nur
Amana kembali dengan
kejayaan membanggakan.
Air mataku menitis. Jauh di
sudut hati, aku berbisik
semoga anak inilah
yang mendoakan kesejahteraan ibu
dan bapanya bila hayat
berakhir nanti.
Dan di luar dugaanku, pulangnya
Nur Amana membawa satu
perubahan yang
ketara. Dia berjilbab kini.
Seluruh tubuh termasuk
wajah ditutup dengan
kerundung gelap. Pun aku
bersyukur kerana perubahan itu
menjurus kepada
kebaikan.


Seperti suamiku, aku tidak
membantah. "Di sana terlalu
banyak fitnah,
Ma...," beritahunya suatu hari
bila kutanya apa yang
mendorongnya memakai
purdah. Aku pun menyedari,
kemungkaran yang memenuhi
negara kafir tempat
Nur Amana menuntut ilmu itu.
Alhamdulillah, kerana Nur
Amana mengambil
langkah bijak. Cuma saudara mara
banyak membantah.
Katanya, dengan keadaan
yang seperti itu, Nur Amana
sukar mendapat pekerjaan
nanti. Rugilah
kelulusan tinggi yang
diperolehi. Tapi Nur Amana cuma
tersenyum mendengar
pertentangan-pertentangan itu.
"Jangan bimbang Ma,
pasti ada rezeki
untuk hamba Allah yang memegang
syariat-Nya," Nur Amana
memujukku. Dan
hatiku berbunga lega. Benar
seperti kata-katanya, tidak
sampai sebulan
pulang dari Amerika, Nur Amana
mendapat kerja di sebuah
syarikat di Kuala
Lumpur. Aku tidak begitu tahu
tentang tugasnya, tapi
menurut Nur Amana
sebagai eksekutif. Dan kehidupan
kami berlangsung
seperti biasa.


Hilang sudah rindu membaraku.
Nur Amana berada di
sisiku kini.Hari-hari
berada di depan mata. Cuma
beberapa bulan kemudian,
sikap Nur Amana mula
berubah. Dia menjadi pemurung,
jarang bercakap dan
sering mengurung diri
dalam kamarnya. Keluarnya bila
ke tempat kerja atau
bila kuajak makan
bersama. Itupun kadang-kadang
dia menolak. Beberapa
kali aku cuba
mencungkil isi hatinya. Kenapa
tiba-tiba dia berubah
laku. Pun aku tidak
berjaya. Nur Amana cukup bijak
mengelak dan
menyembunyikan.


Sehinggalah suatu hari aku
dihubungi oleh seseorang,
katanya Nur Amana
telah menghantar permohonan ke
mahkamah untuk menukar
agama kepada
Kristian. Bergegar jantungku.
Suamiku terdiam lama.
Ketika itu Nur Amana
tiada di rumah. Katanya
out-station di Singapura selama
seminggu. Aku dan
suami mengambil langkah berdiam
diri dahulu. Cerita
sebenar perlu
diperolehi oleh Nur Amana sendiri.


Bagaimana mungkin orang itu
boleh membawa khabar itu,
kalau tidak ada
apa-apa? Apa sebenarnya yang
dilakukan oleh Nur Amana
sehingga timbul
fitnah yang sebegitu besar?
Persoalan demi persoalan
menujam diri
menjadikan aku gelisah menanti
kepulangannya.
Kepulangan Nur Amana
kusambut dengan air mata yang
entah untuk apa. Yang
pasti hatiku cukup
bimbang.


Cenderamata dari Singapura
dihadiahkan. Sehelai kain
sutera berwarna ungu
yang cantik. Pun bagiku ia tidak
bernilai apa-apa.
Suamiku menggesanya
cepat membersihkan diri supaya
dapat solat Maghrib
berjemaah bersama. Tapi,
Nur Amana, memberi alasan letih
dan meminta aku dan
suami solat dahulu.
Bila azan Isyak berkumandang,
sekali lagi suamiku
mengetuk pintu kamarnya
mengajak Nur Amana solat
bersama. Dan sekali lagi juga
Nur Amana menolak
dengan alasan dia sedang
menyiapkan kertas kerja
penting. Satu alasan yang
tidak pernah dilakukan olehnya.
Nur Amana yang kudidik
tidak pernah
melengahkan waktu solat. Tidak
pernah mengutamakan
kerja lain dari solat.
Tapi mengapa hari ini begitu?
Mataku dan suami
bertentangan. Pun kami
cuma membisu. Bersabar dan
menunaikan solat Isyak
terlebih dahulu.


Selepas solat kulihat Nur Amana
ke dapur, mengisi perut
yang berkeroncong.
Tadi, kupanggil dia makan
bersama tapi beralasan letih.
Kecewanya hatiku
dan suami. Selepas makan, Nur
Amana menolak pintu bilik
lagi tapi cepat
suamiku memanggil. Nur Amana
duduk dihadapanku. Dia
kelihatan bersahaja.
Gadis yang baru mencecah 24
tahun itu kulihat semakin
manis. Wajahnya
lembut. Matanya redup. Bibir
merah jambunya yang cantik
sering mengukir
senyuman. Soalan pertama
diajukan oleh suamiku. Nur
Amana tersentak.
Dia menafikan
sekeras-kerasnya.Katanya itu cuma fitnah
orang yang benci
melihat kejayaannya. Hatiku
lega. Nur Amana, anakku
masih memelihara
agamanya.


Sebulan kemudian, aku dihubungi
lagi. Permohonan Nur
Amana untuk menukar
agama telah diluluskan. Sekarang
Nur Amana berada di
Kota Kinabalu,
menghadiri persidangan penganut
agama Kristian sedunia.
Darahku berderau.
Sikap Nur Amana yang
mencurigakan akhir-akhir ini turut
menipiskan
kepercayaan aku dan suami
padanya. Aku tidak mampu
bertahan lagi.
Suamiku juga begitu. Ketiadaan
Nur Amana (out-station
ke Singapura
lagi) memberi peluang kepada
kami untuk memecah
biliknya. Kamar sederhana
besar itu tersusun kemas.
Sekuntum mawar yang entah
siapa pemberinya telah
kering di atas meja. Dari kad
kecil yang terlekat cuma
tertulis tahniah dan
tersusun buku-buku tebal di atas
rak. Aku
menghampirinya. Dan jantungku
berdegup kencang bila hampir
semua buku-buku tebal itu
adalah berkenaan
agama Kristian, termasuklah
sebuah Bible dan
terjemahannya. Aku menggeletar.
Terasa lemah seluruh anggotaku.
Suamiku segera
menghubungi mahkamah
meminta kepastian. Dan jawapan
yang diberikan begitu
menyakitkan. Air
mataku turun tanpa henti. Apa
salah didikanku, lalu dia
jadi begitu?
Subhanallah!


Nur Amana pulang. Terkejut bukan
main Nur Amana bila
mendapati pintu
biliknya telah dipecahkan.
Suamiku menghujaninya dengan
pertanyaan demi
pertanyaan. Nur Amana membisu
membiarkan kemelut terus
berpanjangan.
Namun akhirnya, penjelasan
dilafazkan jua. "Saya
mencintai Adam.....
pemuda Kristian, saya
benar-benar cinta padanya dan
terperangkap dalam
agama itu...," dan sepantas
kilat sebuah tamparan
hinggap ke pipinya.
Kemarahan suamiku sampai ke
puncak. Kesabaran terus
terhapus. Nur Amana
menangis. Aku
terkaku.Sesungguhnya hakikat ini terlalu
pahit.


Paginya Nur Amana hilang dari
rumah. Kamarnya kosong.
Nur Amana membawa
bersama segala pakaian dan
buku-buku. Nur Amana bagai
mengatakan bahawa
"Cuma setakat ini saja hubungan
kita". Nur Amana
seolah-olah memutuskan
bahawa aku bukan ibunya lagi,
suamiku bukan bapanya
lagi. Air mataku
mengalir dan terus mengalir.
Hiba hati seorang ibu.
Suamiku bertindak
pantas melaporkan kepada polis.
Nur Amana lari dari
rumah! Pun polis
tidak menemuinya. Suamiku
membuat permohonan membantah
pertukaran agama
yang dibuat oleh Nur Amana.
Tiada pilihan lain, akhbar
terpaksa digunakan
meminta Nur Amana hadir ke
mahkamah. Lalu, cerita Nur
Amana menjadi hangat.
Saban hari kisahnya terpampang
di akhbar dan kaca
televisyen. Latar
belakangnya dicungkil. Kemudian
peribadi Nur Amana
dikritik. Pendidikan
ibu bapa dan sekolah dijadikan
alasan. Dan akhirnya,
ramai yang menyimpulkan,
Nur Amana gadis terpuji
tersungkur ke perangkap
Kristian kerana cinta!
Alangkah dangkalnya iman Nur
Amana. Alangkah!!!


Pada hari perbicaraan, Nur Amana
hadir bersama seorang
lelaki muda berdarah
India. Nur Amana tidak bertudung
litup lagi. Rambutnya
dibiarkan mengurai
ke bahu. Rambut yang sebelum ini
tidak pernah dilihat
oleh mata lelaki
ajnabi. Dan, terasa gugur
jantungku bila terlihat
sebentuk salib dibuat
dari emas tulin bercahaya
ditimpa cahaya lampu megah
tersemat di dadanya.
Nur Amana tunduk. Langsung tidak
memandang kepada
sesiapa. Wajahnya tenang.
Perbicaraan dijalankan. Detik
demi detik berlalu.
Keputusan diumumkan.
Suamiku gagal!


Undang-undang negara memberi
kebebasan beragama kepada
rakyatnya. Dan kami
tidak berhak menghalang kerana
Nur Amana telah berumur
lebih daripada 18
tahun. Lelaki muda di sebelah
Nur Amana ku lihat
tersenyum lega. Hatiku
hancur. Di mataku terbayang
hukum Allah. Orang murtad
akan dikenakan
hudud! Dipancung setelah enggan
setelah disuruh
bertaubat. Nur Amana bukan
tidak tahu itu. Bukan Nur Amana
tidak tahu. Tapi,
mengapa dia terus
berdegil, tidak insaf dengan
dosa itu?. Aku rebah dalam
pelukan suamiku.
Tubuhku merasa tidak bermaya.
Dia tunduk. Wajahnya
merah padam menahan
kemarahan. Jemariku digenggam
erat. Air matanya
mengalir perlahan membasahi
pipi. Menitis jatuh ke pipiku.
Itulah kali pertama
kulihat air matanya
gugur.


Aku tahu hatinya. Dan cuma aku
yang tahu hatinya."Demi
Allah! Aku bersumpah
negara ini tidak akan aman
kerana memegang
undang-undang kafir!". Tiba-tiba
suaranya lantang menjerit,
meggegarkan suasana mahkamah
yang telah sediakala
hingar apabila mendengar
keputusan mahkamah tadi.
Mahkamah sunyi seketika.
Semua mata tertumpu padanya.
Tiba-tiba jeritan itu
disambut dengan laungan
"Allahu Akbar" dari orang yang
tidak puas hati dengan
keputusan mahkamah.
Aku cuba meredakan kemarahannya.
Namun air matanya
semakin lebat.
"Mahkamah ini tidak adil!
Sekular! Undang-undang
penjajah!'.


Keadaan semakin gawat apabila
polis menangkap suamiku.
Suamiku meronta-
ronta, tapi pegangan kejap
beberapa orang anggota polis
melemahkan
kudratnya. Dan akhirnya dia
mengalah, membiarkan
tangannya digari.Ketika
melintasi Nur Amana yang terus
tenang berdiri di
sebelah lelaki muda yang
tidak kukenali itu, suamiku
menoleh. "Kalau jalan ini
yang kau pilih,
teruskanlah..... tapi ingat,
kehidupanmu pasti tidak
akan selamat!,"
Nur Amana tidak menjawab.
Tunduk. Kaku bagai patung.
Pun kulihat sekilas
senyuman di bibir lelaki muda di
sebelahnya. Hatiku
tercalar. Keranamu Nur
Amana, seorang ayah akan hilang
seluruh kebahagiaan
hidupnya. Dan hari ini,
suamiku merengkuk dalam
penjara.Dituduh menderhaka
kepada mahkamah! Dan
ditakuti akan mencetuskan
huru-hara kerana menerbitkan
sentimen perkauman
juga keagamaan.


Aku terjaga ketika jam dinding
di ruang tamu berdenting
tiga kali. Aku
belum solat Isyak.Astagfirullah.
Dari tadi aku tertidur
dan menyambung
mimpi ngeri semalam. Aku segera
membaharui wuduk.Solat
Isyak kudirikan.
Kemudian kususuli dengan solat
Taubat dan Hajat. Air
mataku gugur lagi
pada dinihari yang sepi. Doaku
tidak putus. Hatiku
retak. Namun jauh di
sudut hati. Aku terus
berharap....., pulanglah
anakku,Nur Amana!


Aduhai, kisah Natrah berulang
kembali..... Agama
dipermainkan oleh
undang-undang sekular. Lihatlah
betapa rapuhnya
undang-undang sehingga
tidak dapat mempertahankan agama
ISLAM yang dikatakan
agama RASMI.
Sampai bila perkara ini akan
berakhir..... Betapa
hibanya hati seorang
ibu bila anaknya murtad dan kita
tahu hukumnya dan kita
tahu masih banyak
lagi kes yang sama seperti Nur
Amana. Apakah tindakan
kita yang mengaku
dirinya ISLAM? Apakah tidak
tercabar oleh permainan
pihak kuffar ini????
Permainan ini semakin
bermaharajalela ditanah air
kita..... Sedarlah!!!
Kita akan tertindas selagi HUKUM
ALLAH TIDAK DITEGAKKAN
DI BUMI.......
MALAYSIA khasnya....