Saturday, October 3, 2009

Sebuah coretan...

salam penuh kerahmatan buat semua pembaca blog ini...masih x terlewat untuk saya mengucapkan selamat hari raya....semoga lebaran ini membuatkan hidup kita semua lebih bermakna dan lebih bahagia hendaknya...

sudah agak lama saya tidak menjengah ke blog sendiri...mungkin terlalu sibuk sehingga tidak sempat berbuat demikian...tambahan pula sekarang saya dalam proses menjalani praktikal di salah sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur...

ternyata menjadi guru bukan semudah disangka...melainkan jika kita jenis yang sambil lewa dan tiada kesungguhan dalam mengajar...

saya diamanahkan untuk mengajar kelas pendidikan khas dan aliran perdana...so, saya dapat membuat perbandingan dan dapat belajar bagaimana cara dan kaedah mengajar yang sesuai untuk kedua-dua jenis aliran ini.

mengajar pend.khas saya perlu kreatif untuk mencipta atau menyediakan bahan bantu mengajar (BBM) yang menarik dan sesuai dengan tahap kemampuan pelajar manakala mengajar di aliran perdana menuntut saya untuk lebih banyak maklumat dan pengetahuan kerana kebanyakan pelajar sudah semakin matang dan sentiasa ingin tahu dengan lebih mendalam apa yang dipelajari...

saya mengajar pelajar pendidikan khas dari tahap 1-4 atau dalam bahasa yang mudahnya pelajar yang teramat lemah dan yang ok dari kalangan mereka manakala dari aliran perdana saya berpeluang mengajar pelajar tingkatan 4. kelas pertama atau kelas pelajar pandai kebanyakannya tambahan mereka dari aliran sains.

ternyata banyak perbezaan mengajar pelajar pend. khas dan pelajar biasa... kerana terlalu sibuk dengan lesson plan dan ABM yang wajib disediakan untuk mengajar, kadang-kala saya tiada masa untuk diri sendiri...sedar-sedar hanya tinggal beberapa minggu lagi saya akan tamat berpraktikal di sekolah ini...terlalu letih rasanya badan ni..rasa nak rehat sepuas-puasnya lepas ini sebelum saya diposting kemana-mana... walaubagaimana pun pengalaman mengajar di sini banyak mengajar saya erti seorang guru dan saya rasakan sendiri apa perasaan seorang guru bilamana pelajarnya mendengar kata, melawan, mempersenda, hormat, menghargai, memerli, melukai dan sebagainya....ternyata kesabaran dan keazaman yang tinggi amat-amat saya perlukan di dalam mendidik insan-insan yang masih memerlukan tunjuk ajar ini.....


Thursday, May 21, 2009

FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA (JERI)
FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA (JERI) FIZURI

Thursday, May 7, 2009

RASULULLAH TAULADAN TERBAIK

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap
harinya
selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya,
Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu
pembohong,
dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan
dipengaruhinya.

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan
makanan,
dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang
dibawanya
kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang
menyuapinya
itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari
sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan
makanan setiap
pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat
Rasulullah SAW yakni
Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak
bukan merupakan
isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku,
adakah kebiasaan
kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan
hampir tidak ada
satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.
Apakah Itu?, tanya Abubakar RA.
Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan
membawakan
makanan untuk
seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk
diberikan kepada
pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan
itu kepadanya.
Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik,
Siapakah kamu?
Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).
Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si
pengemis
buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak
susah mulut ini mengunyah.
Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku,
tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut,
setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata
kepada pengemis itu,
Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah
seorang
dari sahabatnya,
orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar
RA, dan kemudian berkata,
Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya,
ia tidak pernah memarahiku sedikitpun,
ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA
saat itu juga
dan sejak hari itu menjadi muslim.

Wahai sahabat-sahbatku....mampukah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah
SAW?
Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau?
Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah
baiknya kita berusaha
meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup
melakukannya.

Sadaqah Jariah salah satu dari nya mudah dilakukan, pahalanya?
MasyaAllah.. ..macam meter taxi...jalan terus.

Sadaqah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir.

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan
hasanah.

2. Sumbangkan kursi roda ke RS dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda
dapat hasanah.

4. Bantu pendidikan seorang anak.

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, Anda dapat
hasanah.

6. Bagi CD Quran atau Do'a.

7. Terlibat dalam pembangunan sebuah mesjid.

8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung
dibawahnya, Anda dapat hasanah.

Wednesday, April 8, 2009

KENALI APAKAH TOURETTE SYNDROME?








1. PENDAHULUAN
Pendidikan merupakan suatu keperluan dalam kehidupan manusia di dunia ini. Dengan pendidikanlah manusia menjadi lebih terdidik, berilmu, berakhlak dan bertamadun. Sememangnya pendidikan merupakan hak setiap manusia. Namun masyarakat kini lebih maklum akan pelbagai masalah yang timbul dalam proses pembelajaran seperti masalah kurang upaya, kecacatan, masalah pendengaran, masalah penglihatan, bisu dan masalah pembelajaran. Kesemua murid-murid yang terlibat di dalam kategori ini sememangnya berhak mendapat pendidikan khas.
Pendidikan khas di Malaysia bermula sejak tahun 1920-an lagi. Ia dibuka oleh sukarelawan untuk murid-murid kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia telah dinyatakan dalam akta murid-murid 1961, iaitu “sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya”. Akta pendidikan 1996 memberi kuasa kepada menteri untuk menyediakan kemudahan pendidikan khas, menggubal kurikulum yang sesuai dan lain-lain.
Murid bermasalah pembelajaran terdiri daripada mereka yang mempunyai kekurangupayaan seperti: Tourette Syndrome, Autism, Cerebral Palsy, Dyslexia, Hyperactive, Down Syndrome, Depression, Spina Bifida, Rett Syndrome, Epilepsy, Dwarfism, Attention Deficit Disorder (ADD), Asperger Syndrome, Dyscalculia, Schizophrenia, Multiple Sclerosis, Clubfoot, Post-Traumatis Stress Disorder (PTSD), Post Polio Syndrome, William Sindrome dan sebagainya.


2. LATAR BELAKANG TOURETTE SYDROME.
Tourette syndrome (TS) adalah salah satu ketidakupayaan yang berlaku di dalam masyarakat kita pada hari ini. Ramai yang tidak mengetahui apakah TS dan apakah ada rawatan untuk mereka yang mengalaminya. Tanpa kita sedari ada insan disekeliling kita merupakan penghidap TS.

TS adalah gangguan pada saraf otak (neurological) yang mengakibatkan berlakunya tingkah-laku, perbuatan atau kata-kata diluar kawalan, tidak disengaja atau berulang-ulang yang dikenali sebagai tics (US National Institutes of Health).
TS adalah keadaan yang mempengaruhi sistem saraf utama dan menyebabkan tics. Tics merupakan sentakan/ kekejangan, pergerakan atau bunyi-bunyian yang tidak sengaja dilakukan oleh manusia. Terjadinya TS apabila seseorang itu mempunyai dua tics iaitu yang mempengaruhi pergerakan badan dan bunyi (Kids Health Organisation).
Tics di definasikan sebagai pergerakan atau pertuturan yang berlaku secara spontan, pantas, tanpa sebab, berulang kali dan diluar kawalan seseorang (American Academy of Family Physicians).



3. SEJARAH TOURETTE SYNDROME
Sejarah awal terciptanya nama penyakit ini bermula apabila tulisan pertama tentang TS telah dihasilkan pada tahun 1825 oleh seorang pakar neurologist, Jean Marc Itard. Beliau telah menjaga seorang wanita bangsawan yang mengalami vocal tics sejak berumur 7 tahun. Wanita itu kerap menjerit-jerit dan mengeluarkan kata-kata yang kasar, maka ia telah dihantar untuk tinggal di tempat pengasingan.
Enam puluh tahun selepas Itard membuat penulisan ini, seorang neuropsychiatrist bernama George Albert Edouard Brutus Gilles de la Tourette (lahir: 1857, mati: 1904) telah menulis dengan terperinci tentang kisah beberapa pesakit yang mengalami tics pada tahun 1885. ini termasuklah kisah wanita bangsawan yang telah dikaji oleh Itard sebelum itu (
http://faculty.washington.edu/chudler/ts.html).
Nama penyakit ini diambil berdasarkan nama Dr. Gilles de la Tourette yang banyak mengkaji tentang penyakit ini. Menurut Dr. Gilles de la Tourette tentang TS ialah:
"Everything is extraordinary in this disease: the name is ridiculous, its symptoms peculiar, its character equivocal, its cause unknown, its treatment problematical."


4. PREVALENCE / KELAZIMAN
Sejarah berkaitan TS menerangkan bahawa kelaziman penyakit ini terjadi antara 5 hingga 10 orang dikalangan 10,000 orang. Ia juga dikatakan jarang berlaku dalam masyarakat. Walaubagaimanapun kajian baru-baru ini menyaksikan bilangan penghidap penyakit ini kian bertambah dan pastinya penyakit ini tidak akan menjadi suatu yang jarang lagi dikalangan masyarakat.
Pelbagai kajian dilakukan semenjak tahun 2000 menyaksikan penyakit ini yang terjadi diantara 1 – 3 daripada 1000 orang sebelum ini meningkat kepada 10 daripada 1000 orang. Manakala kadar kelaziman TS di Amerika ialah 1 in 1,000 or 0.10% or 272,000 orang (American psychiatric Association).
Sindrom ini terjadi dalam semua masyarakat, bangsa, etnik dan agama. Golongan lelaki lebih banyak menghidapi penyakit ini berbanding wanita dengan perkiraan 3 hingga 4 kali berbanding wanita.
TS ini bermula sebelum umur 18 tahun dan kebiasaannya terjadi antara umur 5 hingga 7 tahun. Namun berita baik buat pesakit ini ialah mereka akan bertambah baik apabila meningkat dewasa. Disebabkan penyakit ini juga mereka tidak semestinya mempunyai jangka hidup yang singkat.
Walaubagaimanapun, penghidap TS mungkin boleh mendapat penyakit lain seperti attention deficit hyperactivity disorder (ADHD), obsessive-compulsive disorder (OCD) atau trouble learning (Ronan O’Brien).


5. PUNCA-PUNCA PENYAKIT
Penyebab berlakunya TS masih tidak lagi diketahui puncanya. Namun terdapat beberapa kajian daripada pakar-pakar perubatan menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor menyumbang kepada punca penyakit ini iaitu :
i) Faktor Genetik: sejak tahun 1980 lagi menunjukkan banyak kes berkaitan TS disebabkan factor genetik atau keturunan. Hasil kajian tentang genetik kekeluargaan pada peringkat awal telah merumuskan bahawa akan berlaku salinan gen yang tidak sempurna dan akan diturunkan dari salah satu orang tua kepada pewarisnya yang amat berisiko untuk mengidap TS.
ii) Faktor awal kelahiran / masalah kelahiran: ada beberapa pendapat menyatakan
bahawa kanak-kanak yang mengalami TS besar kemungkinan pernah mengalami kesukaran ketika kelahiran atau ibu mereka telah mengalami kehamilan yang bermasalah. Walaubagaimanapun masih belum terdapat kajian yang mencukupi untuk membuktikan sekiranya ada sebarang asas perubatan yang menyokong hipotesis ini (Hillary Box, 2008).
iii) Faktor Usur Abnormal: bahagian otak pengidap TS iaitu bahagian Ganglia basal, Lobes depan dan Cortex berlakunya unsur abnormal. Selain dari bahagian yang disebut, unsur abnormal juga dapat dikesan pada saraf yang menyambungkan otak pengidap serta bahagian neutritransmiter (Dopamine, Seroyanin dan norepinephre) yang mempunyai fungsi untuk berintraksi dan berkomunikasi di antara sel saraf.



6. SIMPTOM-SIMPTOM PENYAKIT
Untuk mengenal pasti sindrom ini, gejala-gejalanya adalah tics. Tics terbahagi kepada dua iaitu tics motor dan tics vokal atau phonic. Pesakit TS kebiasaannya akan mula mempunyai simptom tics sederhana dahulu sebelum berubah kepada tics kompleks.
Berdasarkan kajian dilakukan oleh American Academy Psychiatric Assosiation (AFPA), beberapa jenis tics telah dikenalpasti berlaku kepada pesakit TS iaitu:
JENIS-JENIS TICS YANG DIHIDAPI OLEH PESAKIT TOURETTE SYNDROME
Jenis-jenis Tics
Tics Motor
Tics Vocal / Phonic
Kerlipan mata
Membunyikan tekak
Memusingkan biji mata
Mendengus
Mengangkat bahu
Menjerit atau memekik
Kepala tersentak-sentak
Menghidu dengan kuat
Mulut terbuka
Menyalak
Mengepak tangan
Menghembuskan nafas
Memek muka
Batuk
Menggerakkan hidung
Meludah
Menjilat bibir
Mendecit
Menjulingkan mata
Bersiul
Memusingkan kepala
Bunyi seperti hon
Ketegangan otot
Ketawa
Membengkokkan jari
Sedu
Menendang sedikit
sendawa


Menarik baju
Bunyi seperti haiwan
Menyentuh orang lain
Nada & volume suara berubah
Menyentuh benda lain
Gagap
Menghidu jari
Mengulangi perkataan
Menghidu objek
Bercakap sorang diri
Melompat atau meloncat
Meniru bunyi / intonasi
Mencucuk
Berkata lucah
Menumbuk
Palilalia: mengulangi perkataan sendiri atau atau mengulangi bunyi sendiri.
Menendang
Mencium diri
Mencium orang lain
Tangan menggelupur
Coprolalia: menyebut perkataan lucah atau perkataan yang dilarang dalam masyarakat.
Berpusing sekeliling
Ketegangan sekumpulan otot
Pergerakan menikam
Memutarkan rambut
Echopalia: menyebut perkataan dan bunyi orang lain.
Berjengket
Menggoyangkan kaki
Mencubit


7. CIRI-CIRI PESAKIT TOURETTE SYNDROME
Diagnostik ciri-ciri TS daripada American Psychiatric Association: Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders, 4th Edition DSM-IV-TR (307.23):
i) Pergerakan tic motor yang cepat, berulang-ulang, secara tidak sengaja, berlaku dengan sendirinya disebabkan pelbagai pelbagai kumpulan otot.
ii) Penyakit ini bermula sebelum usia 18 tahun. Kebiasannya pada umur antara 6 – 7 tahun.
iii) Pelbagai vokal tics ( merungut, menyalak, mengerang, menjerit di khalayak ramai dengan perkataan atau kata-kata yang tidak sopan).
iv) Kebolehan untuk menahan pergerakan dan bunyi-bunyian yang secara sengaja untuk beberapa minit kepada jam.
v) Perubahan dalam pengamatan simptom-simptom ini lebih dari seminggu atau sebulan. Tempoh berlakunya simptom-simptom melebihi satu tahun dengan berlakunya tic selama lebih dari tiga bulan.


8. CABARAN-CABARAN TERHADAP PESAKIT
Kanak-kanak TS kebiasannya terbiar dan tidak dipedulikan manusia sekelilingnya samada di sekolah, di rumah bahkan di pusat perubatan. Walaupun TS ini akan menyebabkan sifat rendah diri pesakit dalam masyarakat, namun tics akan berkurangan dari tahun ke tahun mengikut peningkatan usia seseorang. Dipercayai juga, tingkah laku tics boleh hilang melalui tindakan pengajaran secara paksaan.
Menurut Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja di Jabatan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Wan Salwina Wan Ismail, antara cabaran yang dihadapi pesakit adalah dari segi emosi iaitu rasa malu dan rendah diri, kurang keyakinan diri, masalah dari segi pergaulan sosial, sukar mendapat kawan, dipulaukan dan sebagainya. Pesakit juga boleh mengalami kemurungan dan berisiko untuk mencederakan diri sendiri.
Tourette ini juga sering diejek oleh kawan-kawan, atau kadang-kadang terus dibenci begitu sahaja. Mereka biasanya dianggap mengganggu kerana bunyi-bunyi yang dihasilkan, malah boleh juga dibenci oleh ibu bapa sendiri andai mereka tidak memahami atau lupa kepada kehendak Ilahi (Kosmo, 2008).


9. TERAPI & PERUBATAN
Disebabkan simptom-simptom tics ini jarang membawa kerosakan, kebanyakan pesakit TS tidak memerlukan ubat-ubatan untuk manghalang tics. Walaubagaimanapun, ubat-ubatan yang berkesan diperlukan bagi pesakit TS yang mengalami tics yang kritikal dan sangat mengganggu terutama dari segi tingkah laku. Pada dasarnya tiada perubatan yang sepenuhnya membantu pesakit TS atau menghapuskan simptom-simptomnya (US National Institutes of Health).
Ubat-ubatan yang biasa digunakan terhadap pesakit TS yang kritikal ialah dengan menggunakan ubat-ubatan daripada dadah seperti Pimozide (Orap), Fluphenazine (Prolixin), Clonidine (Catapres) dan yang jarang digunakan iaitu Haloperidol (Haldol).Walaubagaimanapun, ubat-ubatan ini tetap mempunyai masalah sampingan seperti tekanan, masalah pergerakan, mengantuk, keletihan dan kenaikan berat badan (http://faculty.washington.edu/chudler/ts.html).
Pemulihan tingkah laku dapat dilakukan melalui pembaikan tabiat dengan bimbingan teknik-teknik untuk menangani tics. Tekanan psikologi akan membuatkan tics bertambah teruk. Ini akan membuatkan pesakit TS akan berasa sangat sedih dan tersisih. Kaunselor dan persatuan Tourette Syndrome seharusnya membantu pesakit ini bagaimana menerangkan tentang tics kepada orang lain yang melihatnya (Kids Health Organisation).
Pembedahan neuro boleh juga dilakukan tetapi merupakan pilihan yang paling ekstrem dan biasanya dilakukan ke atas pesakit yang mengalami gejala yang sangat serius dan tidak memberi tindak balas terhadap mana-mana ubat atau pemulihan tingkah laku.
Pengidap, keluarga, dan pakar psikologi seharusnya menentukan tingkah laku yang paling mengganggu sebagai langkah awal melakukan perawatan dan terapi. Umumnya, TS didiagnosa dengan mengumpulkan senarai maklumat tics dan meneliti susur galur sejarah penyakit yang ada dalam keluarga. Untuk membuat diagnosis TS, baik tics motor maupun phonic harus dikaji dalam dalam satu tahun. Kajian menunjukkan diagnostic pesakit TS banyak terganggu setelah muncul tics kerana kebanyakan pakar psikologi kurang pengetahuan tentang penyakit ini.


10. STRATEGI PENDIDIKAN
Pada dasarnya penyakit TS tidak mengganggu IQ pesakit. Namun pesakit tetap mengalami gangguan belajar seperti membaca, menulis dan mengira. Antara kaedah terbaik yang boleh digunakan dalam strategi pendidikan pesakit TS ialah:
i) Menyediakan kelas khusus pesakit TS: ini kerana sikap toleransi dan belas kasihan dari guru amat diperlukan dalam mendidik pelajar ini ( Medicine.net)
ii) Menggalakkan pesakit aktif dalam aktiviti berfaedah seperti bersukan, bersenam dan mengikut hobi kesukaannya. Ini akan membuatkan mereka leka dan fokus mental serta kekuatan tenaganya, maka tics akan berkurangan dan tidak kerap berlaku. Contoh pemain sukan terkenal yang mengalami tourtte sindrome ialah Tim Howard dan Mahmoud Abdul-Rauf.
iii) Fokuskan minda pesakit TS Seperti menulis, melukis & mencipta muzik. Ini akan membina kemahiran mereka selain mengasah bakat dan membuatkan mereka lupa pemyakit mereka sendiri. Contoh: Mozart & Samuel Johnson. Kids Health Organisation).
iv) Menggalakkan kelas membincangkan tentang TS: guru seharusnya menggalakkan perbincangan dengan murid tentang TS. Suruh murid yang mengalami TS membuat persembahan tentang apakah itu TS. Selain membina keyakinan diri pesakit, ia juga mampu membuatkan pelajar lain Fam. Dan kurang mengganggu murid TS ini lagi.
v) Membenarkan pesakit TS keluar kelas: guru boleh bersikap toleransi dengan murid yang mempunyai TS untuk keluar dari kelas jika penyakit menyerang. Ini bukan sahaja dapat mengelakkan gangguan ketika pembelajaran malah dapat mengurangkan tekanan dan keresahan pesakit ini.
vi) Menyediakan masa tambahan: murid yang mengalami TS seharusnya diberikan masa tambahan dalam pembelajaran berdasarkan kesukaran mereka untuk membaca dan menyalin apa-apa nota atau tugasan. Guru boleh memberikan mereka tempoh tugasan lebih lama dan dalam proses pembelajaran, mereka diberikan masa yang lebih lama untuk berfikir tentang soalan yang diberikan.
vii) Mencuba penyelesaian kreatif: disebabkan tics yang kerap berlaku, maka seringkali pembelajaran pesakit TS terganggu. Maka penggunaan komputer untuk menyalin nota, atau rakaman suara guru dapat embantu mereka dari ketinggalan dalam sesi pengajaran. Guru juga boleh meletakkan murid TS di tempat duduk belakang supaya mereka tidak mengganggu rakan yang lain.
viii) Menggalakkan kefahaman sosial melalui game TS: ini salah satu cara memperkenalkan masyarakat dengan gejala TS dan mereka tidak memandang remeh terhadap pesakit ini (
http://specialneedseducation.suite101.com/article.cfm/tourette _syndrome_in_the_classroom)


11. SOKONGAN UNTUK IBU BAPA
i) Terima kekurangan anak seadanya: ibu bapa seharusnya tidak malu dengan keadaan anak mereka yang mengalami TS. Ini kerana, pesakit ini masih mampu hidup normal seperti orag lain dan penyakit ini kebiasannya merupakan faktor keturunan. Kajian membuktika ramai pesakit TS mampu berjaya dalam kerjaya masing-masing (Handler, 1998; Landau, 1998).
ii) Yakin anak-anak TS mampu berjaya seperti insan lain : dengan keyakinan dan kasih sayang serta perhatian yang baik terhadap anak-anak Ts ini, mereka akan rasa terbela dan bermotivasi dalam hidup walaupun mempunyai kekurangan. Ini akan membuatkan ibu bapa dan anak-anak saling menguatkan antara satu sama lain.
iii) Sentiasa mendapatkan maklumat tentang anak-anak yang bermasalah ini: ibu bapa seharusnya perihatin tentang penyakit anak mereka dan mencari maklumat tentang penyakit mereka. Ini akan membuatkan mereka lebih faham tentang anak mereka dan keperluannya.
iv) Bantu anak-anak ini cara menangani tics dengan baik: dengan bantuan dan nasihat dari ibu bapa akan membuatkan pesakit TS ingat dan sentiasa bersemangat dalam menangani masalah kekurangupayaan mereka. Apabila kerap ditangani denganbaik segala gejala ini, lama-kelamaan ia akan berkurangan dan tidak mustahil boleh hilang.
v) Adakan aktiviti yang membuatkan anak-anak fokus: usaha ibu bapa dan guru dalam membantu kanak-kanak TS ini menangani tics mereka dengan melakukan aktiviti berfaedah ini pastinya amat berfaedah dari segi membina jati diri anak-anak dan mengasah bakat mereka. Ini akan membantu mereka lebih maju dalam kehidupan walaupun dalam kekurangupayaan.
vi) Bantu dan beri semangat kepada anak-anak TS: bantuan dan semangat dari ibu bapa merupakan faktor penting dalam menangani pesakit TS. Ini kerana ibu bapa merupakan orang paling rapat dengan mereka dan lebih tahu serta memahami mereka
vii) Terangkan pada masyarakat sekeliling tentang anak anda & tidak malu dengan
kekurangannya: ini merupakan suatu cara untuk ibu bapa dalam membuatkan masyarakat Fam. Dan menerima anak mereka seadanya selain dapat menguatkan hati mereka dalam menghadapi masyarakat dalam keadaan anak mereka berbeza dari kanak-kanak yang lain.


12. KESIMPULAN
Walaupun kebanyakan kanak-kanak TS mendapat perhatian yang baik di barat, namun di Malaysia agak berbeza. Kanak-kanak yang mengalami TS ini kebiasannya dianggap pelik dan disisihkan oleh masyarakat. Ini adalah disebabkan kurangnya pengetahuan masyarakat tentang penyakit ini. Seharusnya menjadi tanggungjawab pelbagai pihak untuk memastikan pelbagai maklumat tentang kekurangupayaan ini sampai kepada masyarakat dengan apa saluran sekalipun terutamanya pihak kerajaan, pihak swasta, media massa, guru, pakar perubatan dan sebagainya. Manakala bagi kita semua sebagai masyarakat yang perihatin haruslah peka dan positif dalam menerima suatu yang baru. Sesungguhnya penyakit Tourette syndrome merupakan ujian Allah bukan sahaja pada penghidapnya malah kita yang berada disekelilingnya.


13. RUJUKAN
Pediatric Nursing. 2002. Tourette's Syndrome. http://www.medscape.com/viewarticle /442029_6 [26 Februari 2009].
MM Bagheri, J Kerbeshian, L Burd. 1999. Tics and Tourette's Syndrome in Children.
http://familydoctor.org/online/famdocen/home/children/parents/special/common/3 78.html [27 Februari 2009].
Mohammed M. Bagheri, M.D., Jacob Kerbeshian, M.D., and Larry Burd. 1999. Recognition and Management of Tourette's Syndrome and Tic Disorders.
http://www.aafp.org/afp/990415ap/2263.html [1 Mac 2009].
Elana Pearl Ben-Joseph, MD. 2007. Tourette Syndrome. http://kidshealth.org /kid/health_problems/brain/k_tourette.html [ 25 Februari 2009].
Tourette Syndrome.
http://faculty.washington.edu/chudler/ts.html [3 Mac 2009].
Ronan O’Brien. Tourette Syndrome.
http://www.scribd.com/doc/24388/Tourette- Syndrome-handout [25 Mac 2009]
Government. Tourette Syndrome.
http://www.medicinenet.com/tourette_syndrome/page 6.htm [3 Mac 2009].
Hillary Box. 2008. Tourette Syndrome an introduction.
http://www.tourettes- action.org.uk/about-tourette-syndrome/ [25 Februari 2009].

The fact about tourette syndrome.
http://members.tripod.com/~tourette13/ [5 Mac 2009].

Educational Resources Information Centre. 2003.
http://www.hoagiesgifted.org/eric /faq/tourette.html [ 12 Mac 2009].

National Institute of Neurological Disorders and Stroke National Institutes of Health. 2005. Tourette Syndrome Fact Sheet.
http://www.ninds.nih.gov/disorders /tourette /detail_tourette.htm [24 Mac 2009].


Healthy Place Staff Writer. 2009. Tourette Disorder (Tourette Syndrome).
http://www.healthyplace.com/other-info/psychiatric-disorder-definitions/tourette- disorder-tourette-syndrome/menu-id-71/ [20 Mac 2009].
Fatimi Nadiah Zainudeen. 2008. Bunyi bising Tourett.
http://www.kosmo.com.my/ kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=0817&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.ht m [21 Mac 2009].